Popular Posts

paspot dah siap

  pasport belah kiri tu yg lama udah dipotong tengah.. yang baru cantik tapi gambo itam putih ... huhuhu.. xpe la itam puitih  laaaa  asal ku dpt berjalan sudah hahahaa
 
Semalam g ambil pasport di  Pejabat Imigresen 
(pengeluaran pasport Malaysia) di Cawangan Mini UTC, Sentul, Kuala Lumpur.
 
Kat sini best tenang je pastu aircorn sejukkkkk je.. so takat tunggu 1 jam tu ok jer..pastu 
 heheh jadi tak lah boring... 
senyum jerr encik hubby setia menunggu.. hehehe
 
Alamat:
Jabatan Imigresen Malaysia
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Cawangan mini UTC,Sentul
Aras 1 Pusat Transformasi Bandar,
Jalan 2/48A,Sentul Perdana,
Bandar baru Sentul,
51000 Kuala Lumpur.

Tel: 03-404000143/614/148
Faks: 03-40400103

Waktu operasi :
8.00 pagi hingga 10 malam (setiap hari) kecuali cuti umum.
* Hanya untuk urusan pemprosesan Pasport Malaysia Antarabangsa
JABATAN IMIGRESEN NEGERI/CAWANGAN
WAKTU OPERASI
Jabatan Imigresen Selangor, Shah Alam.
Jabatan Imigresen P.Pinang, Seberang Jaya.
Jabatan Imigresen Perak, Ipoh.
Jabatan Imigresen Johor, Johor Bahru.
Jabatan Imigresen Negeri Sembilan, Seremban.
Jabatan Imigresen Melaka, Ayer Keroh.
Jabatan Imigresen Sarawak, Kuching.
Jabatan Imigresen Sabah, Kota Kinabalu
8.00 pagi -1.00 petang
( Sabtu & Ahad)
Pejabat Imigresen Pekan Rabu, Johor.
Pejabat Imigresen Miri, Sarawak.
Pejabat Imigresen Presint 15, Putrajaya.
Pejabat Imigresen Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Pejabat Imigresen Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Pejabat Imigresen Pelabuhan Klang, Selangor.
Pejabat Imigresen Kelana Jaya, Plaza Glomac
Pejabat Imigresen Kajang, Selangor
8.00 pagi -1.00 petang
( Sabtu & Ahad)
Nota:
Permohonan Pasport Malaysia Antarabangsa bagi warga Sabah dan Sarawak di Pejabat Imigresen Semenanjung Malaysia bagi kategori di bawah tidak diproses pada hari Sabtu dan Ahad kerana perlu dirujuk terlebih dahulu kepada Jabatan Imigresen Negeri Sabah dan Sarawak untuk keputusan.
-     - Permohonan Pasport Malaysia Antarabangsa (kali pertama)
-     - Pembaharuan Pasport Malaysia Antarabangsa yang telah tamat tempoh melebihi 5 tahun
Walau bagaimanapun, permohonan pembaharuan Pasport Malaysia Antarabangsa yang telah tamat tempoh kurang dari 5 tahun akan diproses pada hari Sabtu dan Ahad.



Cara buat passport Malaysia Antarabangsa
Benda-benda yang perlu dibawa masa buat passport 
  • Mykad**
  • Fotostat Mykad (Depan belakang, sehelai sahaja) 
  • Gambar berukuran passport (2 keping background putih)
  • Duit***
  • No. Surat Beranak (Memudahkan pengisian borang) klu umo lum cukup 18 yee
  • Info mengenai ketinggian pemohon (Memudahkan pengisian borang)  


Cara renew (perbaharui) passport Malaysia Antarabangsa 
[Sebab renew: Passport tamat tempoh, Urusan visa baru yang memerlukan tempoh sah passport lebih daripada 6 bulan, Passport kehabisan mukasurat.
Benda-benda yang perlu dibawa masa buat passport 

  • Mykad** 
  • Fotostat Mykad (Depan belakang, sehelai sahaja)
  • Bawa passport lama (Penting - Passport akan dibatalkan)
  • Gambar berukuran passport (2 keping background putih 
  • . PENTING: Gambar ini seharusnya berbeza dari gambar passport lama. Dengan erti kata lain, jangan recycle gambar passport yang digunakan dalam passport sebelumnya. Pergi ke kedai dan ambil gambar baru)
  • No. Surat Beranak (Memudahkan pengisian borang) klu xcukop umor
  • Info mengenai ketinggian pemohon (Memudahkan pengisian borang)  



Money
passport dibezakan harga dengan tempoh tahun (seperti tertera di bawah) dengan bilangan 48m/s passport.
Bayaran untuk passport adalah seperti berikut;
  • RM 100 - untuk 2 tahun
  • RM 300 - untuk 5 tahun

No comments: