Popular Posts

buku Buku Aktiviti Fonetik Ekspres 1 dan 2

Sinopsis
 
Aktiviti yang diperkenalkan di dalam buku ini akan membantu anak anda mengenal dan menguasai asas sistem bunyi dengan menghubungkan permulaan bunyi perkataan atau gambar dengan bunyi yang diajar. Buku-buku ini juga akan membantu anak anda belajar penghasilan dan bentuk huruf-huruf dengan menekap dan melukis garis-garis huruf. Secara umum aktiviti yang diperkenalkan di dalam buku latihan ini akan membantu anak anda menguasai skil membaca melalui aktiviti menulis dan latihan skil asas di dalam ejaan dan tulisan.
Othman Ahamad dan Nik Eliani Nik Nawi telah lama berkecimpung di dalam dunia pendidikan dan merupakan pelopor kepada kaedah membaca berdasarkan fonetik di Malaysia. Kajian serta pengalaman mereka berkenaan perkembangan intelek kanak-kanak telah menghasilkan Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku. Kaedah Ini terbukti berkesan membantu anak-anak membaca pada usia prasekolah lagi.
Pengalaman 
 
Pada pengalaman saya sebagai salah seorg bekas guru terlatih dibawah readnetwork. Saya menggunakan buku ini untuk anak didik saya.. memang berkesan kerana apa yang dibelajar dalam set buku bacalah anakku ada didalam buku latihan ini.
contoh latihan tekap simbol huruf menggunakan finger painting ianya membantu melembutkan jejari  anak kecil ini menulis dengan lebih baik nanti secara tindak langsung mengjalinkan koodirnasi mata dan jari.. aktiviti ini sangat seronok.. kerana mereka akan memilih sendiri warna apa yang mereka mahukan. Saya masih ingat salah seorang murid saya bernama 'yad' umur 4 tahun  kecil molek je comel sungguh. Yad selalu nak buat aktiviti finger paiting ini..sambil menekap huruf saya akan minta Yad sebut bunyi huruf tersebut..Yad sebut "a" cikgu.. cikgu tak tau ke bunyi dia "a" hahahahaha..toiinggg Yad dah kenakan saya semula.. hahahah (dengan teknik tekap, sebut, menyanyi)  ini Yad boleh habiskan buku readeasy 1 dalam hanye 3 minggu ;)
kemudian kami nanyi lagu abu ada ayam sama-sama... seronok sangat.. selepas siap finger painting tu.. kami satu kelas menyanyi lagu 'abu ada ayam' again sambil buat aktiviti asosiasi.. besttt!!

Sample muka surat buku Buku Aktiviti Fonetik Ekspres 1





Sample muka surat buku latihan Buku Aktiviti Fonetik Ekspres 2



Harga:buku latihan aktiviti fonetik 1
  • Semenanjung: RM5.50
  • Sabah & Sarawak: RM6.50
  • Singapura: SD3.50
  • Brunei Darussalam: BD3.50
  •  
  • Boleh order melalui saya! 
    Harga:buku latihan aktiviti fonetik 2
  • Semenanjung: RM4.90
  • Sabah & Sarawak: RM5.90
  • Singapura: SD3.00
  • Brunei Darussalam: BD3.00
  •  
  • Boleh order melalui saya!   
  • email me readlinda2010@yahoo.com

No comments: