Popular Posts

Jerebu ... hazey day !!!!




Keadaan jerebu hari ini 24 june 2013 ,gambar diambil jam 1.00 tengahari
pandangan terbatas, selalunye nampak sampai ke Batu Cave, puncak  Genting dan bangunan di jln Duta.. but today.. x nampak ape pon.. kelabu!!
Teruk.. inilah pemandang dari rumah kami  kelabu... bau busuk lemas betul bau asap ni tengok tu pokok tomato, cili kami pon dah kekuningan.. sedih betul.
keluar rumah pastikan minum air kosong, suam lebih dari biasa , cuci tangan dan muka selepas keluar dikawasan terbuka,  pakai mask  bila keluar kekawasan terbuka. Sentiasa tutup tingkap,  pintu dengan rapat.
Saya hairan le mereka yang tak pakai mask bila di open space.. siap ada yang makan di warung /kedai/kopitiam/restoran yang kawasan terbuka tanpa rasa lemas @ sesak dengan kualiti udara yang teruk ini.. seolah-olah pada mereka tiada apa yang berlaku malah mereka lihat orang yang pakai mask itu pelik sangat.
ada saya serempak dengan pelajar nursing di area sini pon tak pakai mask boleh berjalan lenggok mak inang lagi..eemm pelik kan...  sedap sangat ke bau jerebu ni??/??????



Semoga hujan rahmat turun dan jerebu lenyap terus.

Macamana la keadaan di Muar, Melaka, Kuantan yang lagi teruk tu kan.. 

Kulit cantik gebu menawan dengan shaklee

  • Semua wanita mahu cantik kan.. cantik indah itu adalah kehendak fitrah wanita.. saya sendiri tak terkecuali dari itu.
    Apa yang saya amalkan dan saya cadangkan kawan-kawan amalkan adalah pemakanan yang sihat lebihkan air kosong , disamping vitamin yang betul, supaya kesannya lebih pantas.. hehehe
     Mudah mudahan berhasil dengan tujuan yang dihendaki.Ameen 

    set kulit canti gebu  
    1.  Vitamin E 
    2. Vitamin C 
    3. susu ESP 
    ok jom tgk khasiatnye ..
     
    Vitamin E Shaklee disertai dengan selenium. Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa selenium untuk kesan pengambilan yang optimum.
  • Melindungi jantung dengan pengambilan 800IU sehari.
  • Vitamin untuk awet muda (anti-penuaan). 1 kapsul vitamin e sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, dan bintik penuaan. Ia juga mampu memulihkan tekstur dan tona kulit, dada, otot dan peha dan membantu mengurangkan jerawat dan wajah kembali berseri seri
  • Membantu menghalang sunburn sekiranya diambil bersama2 vitamin C.
  • Antioksidan yang kuat.
  • Membantu mempercepatkan proses pembaikan luka. Oleh itu, ianya amat sesuai bagi ibu-ibu menyusu yang mengalami masalah nipple crack atau puting melecet. Pengambilan Vitamin E secara teratur dapat mencerahkan bahagian puting yang telah menjadi gelap berikutan kehamilan serta mengurangkan kesan regangan kulit atau stretch mark.
  • Membantu mengekalkan kelembapan kulit dan seterusnya mengelakkan kekeringan, kegatalan dan kulit yang merekah.
  Vitamin C Shaklee

  • Membentuk Kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. 
  • Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  • Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.
  • Memerangi kanser - Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan.
  • Mencantikkan Kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.





 Energizing soy protien shaklee ESP 
  •  

    Kekal muda - asid amino membina otot ,kuku ,rambut, darah kulit, dan lain2  
    pengambilan energizing soy protien shaklee membantu mengekalkan keanjalan kuli dan badan bertenaga.  

    •   Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung. 
    • Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat. 
    •  Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan parut.
    •   Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.
    •   Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles. 
     
     
     
     
    \
    hubungi saya di readlinda 2010@yahoo.com 
    Facebook rosmawarlili lili
    0129006575

Hati ini

                                                     gmbor pakcik yahoo yg punye

Bila berbicara mengenai hati,, susah nak ditafsirkan.. emmmm
Kita akan merasai rungsing, susah hati, sedih jeee bila orang yang kita sayang  like suami, mak ayah, adik beradik   dalam keadaan sakit,di timpa musibah dan seangkatan dengannya..
begitu juga dengan aku..
Jadi  kite berdoa agar kesedihan itu berlalu pergi..biar hati ini tabah melaluinya..sesungguhnya hati ini milik Allah SWT

Doa menghilangkan kesedihan


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ عَبْدُكَ، ابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أ َمَتِكَ، نَاصِيَتِيْ بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ
قَضَاؤُكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِيْ كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِيْ عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِيْ، وَنُوْرَ صَدْرِيْ، وَجَلاَءَ حُزْنِيْ، وَذَهَابَ هَمِّي
Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak hamba-Mu, anak hamba perempuan-Mu,ubun-ubunku di tangan-Mu, keputusan-Mu berlaku padaku, qadha-Mu kepadaku adalah adil, aku mohon pada-Mu dengan setiap nama baik yang engkau gunakan untuk diri-Mu, yang engkau namakan diri-Mu sendiri, atau yang engkau turunkan di dalam kitab engkau. atau engkau ajarkan kepada seseorang daripada hamba-Mu, atau engkau sembunyikan di dalam ilmu ghaib disisi engkau, jadikanlah al-quran sebagai penenang hatiku, cahaya bagi dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku.



So this is dinner kami mlm kemarin, Salmon with lemon butter souce.. simple je mkn mlm kami.. untuk adik pulak chicken black pepper grill (adik x suka ikan)
 resepi
salmon grill
1 slice salmon king 
salt 
black pepper
olive oil
daun selasih basil / daun ketumbar (xde pon takpe)
salmon tu ditabur salt, pepper,  daun2 yang dihris halus2.. klu xde daun fresh guna  yang dalam botol pon ok bila nak atas pan renjiskan  olive oil atas salmon tu. masak hingga kekuninggan (ikut tahap suka masing2)
nanti jika berkesempatan saya tunjuk camne nak tau yang biase  masak kat umah... 

butter souce
1 ulas garlic tu dilayurkan atas api bagi lembut sebab nanti nak tekan dengan garlic presser pula.. 

1 sudu  mkn butter dicairkan pastu masuk garlic tadi..masukkan
1 sudu kecil tepung biase goreng jap.. pastu masukkan 
1 sudu mkn fresh milk
(3/4) suku cawan air  
perasakan dengan garam
klu suka masam boleh perah sedikitjus lemon time dihidang nanti
tunggu pekat.. masukkan pewarna kuning lemon.. 

siap


catitan ini adalah untuk memo diri sendiri suami and bakal anak2 ku  supaya senang nak nak masak or mencari bahan rujukan nanti..




Bukan mudah memuaskan hati semua orang..setiap orang ada cara dan kehidupam sendiri.kelainan itu lah yang membezakan setiap orang.. jika sama maka jadilah copy and paste je..buatan kilang.. 
Rasa respect perlu ada.. berpijak dibumi yang nyata. Diam tak bererti mengalah,

Kulit muka halus mulus , comel lee

Kulit muka halus mulus .. comel .. nak kan, jom kita belajar buat sendiri, bukan susah pon (cuba pujuk diri supaya sentiasa rajin hehehe)


Masker Tomato 



                                                                         pic from en yahoo

Buah tomato dilenyek agak2 halus. Bismilah dulu yee, lumurkan pada muka . Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit, buat le seminggu 1 kali selang dengan masker susu ,ingat tak post yang lepas tu..
(ape-ape pon bole  tomato ceri pon boleh)


 saya rase sure muka akan halus mulus jee en suami sure suka hati jugak kan....
Saya pun sedang cuba juga follow jadual ini..

isnin - masker tomato
rabu - masker susu
jumaat - masker honey
ahad - masker telor n lemon


yang ini lak masker telor n lemon
                                                                            pic from en yahoo

Ambil satu biji putih telor  dan 1/2 sudu kecil perahan lemon  takde lemon limau nipis pon boleh takde jugak limau kasturi takde jugak telor saje jelah.. . Gaul sebati dan sapukan ke wajah. Biarkan selama 20 minit dan kemudian bilas dengan air. Lakukan secara teratur seminggu sekali. Pasti kulit wajah terasa lebih segar dan kurang berkedut serta mengecilkan pori.

Minda cergas, nak cerdik

Assalamualaikum..
Hari ini ingin bercerita pasal Shaklee omega Guard

Shaklee OmegaGuardTM is a dietary supplement containing fish oil.  One serving of OmegaGuardTM provides 1000mg of omega-3 fatty acids including DHA and EPA.


Apakah omega guard ini ya? jom gali sama-sama
Omega 3 adalah asid lemak yang penting (EFA) . Kebanyakan orang tak mendapat cukup omega-3, dan orang yang dalam darahnya ada mengandungi trigliserida yang tinggi perlu lebih banyak omega-3. Asid lemak Omega-3 boleh didapati dalam minyak ikan dan tumbuhan tertentu. Minyak ikan mengandungi kedua-dua DHA dan EPA,  untungnya  dalam Omega Guard Shaklee ada semua tu.. DHA, EPA, ALA.

EPA penting untuk kesihatan jantung dan sendi, manakala DHA adalah penting untuk perkembangan dan fungsi otak .



Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee
  • Sangat bagus untuk ibu hamil – membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
  • katkan perkembangan memori janin dan kanak-kanak
  • Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
  • Membantu memperbaiki masalah autism
  • Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
  • Mengurangkan masalah lupa
  • Mengurangkan penyakit Asthma 
  • Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
  • Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
  • Mencegah salur darah dari tersumbat
  • Omega 3 dapat mengelakkan strok
  • Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
  • Mengurangkan sakit kepala
  • Merendahkan kolestrol
  • Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
  • Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
  • Mengawal masalah obesiti 
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung
  • * This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.
     
OOo begitu banyak faedah omega guard ini.. memandangkan saya dah mula belajar semula saya pon dah mula makan omega guard ini.. hehehe

 Saranan untuk IQ kanak-kanak 7 tahun to 12 tahun
  1. Shaklee omega guard 
  2.  meal shake
Saranan bagi anak berumur 13 tahun dan keatas
  1. Shaklee omega guard
  2. Shaklee Lecithin
  3. Shaklee B Compleks
  4. Shaklee Meal shake

Emm tapi boleh tak ambil semuanya tengok kemampuan la.. yee. bulan ni beli omega guard bulan depan yang lain pula.. kesannye tak sama pada semua orang.. jadi Sentiasa ingat Allah la jua yang menyembuhkan segala penyakit, dan hanya Allah la jua kita mengetahui kenapa kita diberi sakit.. yang perlu kita buat adalah berusaha untuk merawat,redha, sentiasa berdoa serta bersangka baik pada Allah SWT..

Jangan le sakit tu duk biar jee.. ckp redha. tanpa usaha.. no no no.. Allah tak suka tau.. sayang Allah tak.. SAYang.. pon..
 

soo berkenan di hati or perlu penjelasan lanjut PM me kerana saya adalah 

ok..
di 
 readlinda2010@yahoo.com 



murah rezeki solat dhuha


 Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.

sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran  Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.

Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.


Cara melakukan solat Dhuha:
a) Bacaan niat solat sunat Dhuha
 Ertinya: ” sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.

b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam

c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha

d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa

maksudnya;
“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.


Fadhilat Solat Dhuha

Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.

peringat untuk diri sendiri jua.. hope lepas ni makin rajin solat dhuha.. 

I got a new hair cut, how does it look?

Assalamualaikum..
horey.. seronok..
keputusan last mint nak potong rambut.. my hubby sukakanye..syukur.. niat memang nak suh dia happy tgk wife dia ni hehehehe.. (ke syok sendiri je )hehehehe



lepas ni ak g beli hair  spray  la.. nak maintain la kononnye laa.. but kite tgk le berjaya ke tak hehehehe


Pemandangan selepas hujan


Pemandangan suasana selepas hujan dari rumah kami..


doa ketika dan selepas hujan



.
Ibnu Qudamah dalam Al Mughni, 4/342 mengatakan, “Dianjurkan untuk berdoa ketika turunnya hujan.”



Minum petang sotong goreng tempura & ikan celup tepung


 Assalamualaikum..
petang semalam setelah pulang dari kerja singgah di mydin  tengok ape yang bole dijadikan lauk untuk dinner .. tuttttt mata terpandang  sotong dan ikan sardin (di Tganu kami panggilnya ikan selayang) yang fresh, so terus sambar.. 6 ekor sotong dan ikan cukup le kami bertiga aje.. Ikan sardin @ikan selayang  rasa isinya manis sesuai untuk dibuat ikan celop tepung, kuah laksa & sambal . terus teringat dekat cik(ibu) suka makan ikan celop tepung.

Nak masak lebih untuk SIL tapi SIL pula sedang tour Europe.. sure sedang best melihat alam ciptaan Allah SWT yg indah ini.. 

Ada rakan disnaty ku bertanye minum petang sotong tempura? hehehe.. sorry tak sempat jawab.. traffic di dinasty to buzy.. skg nak jawab.. kami orang Tganu biasa minum petang ikan,sotong,udang,pari, keropok  goreng dikala petang ..sedap.. paling glamour ikan celop tepung di belakang airport.. Dulu hubby pon cam gitu.. terkezuttt.. hahahaah.. but now dia la hantu ikan celop tepung..

Hubby ontime sampai dirumah so boleh le berdating hehehe, minum petang   sotong dan ikan celop tepung  serta sos pencicah khas dari Tganu, pelengkapnya semestinya secawan kopi panas.. duk  di depan beranda @balcony rumah sambil menikmati suasana sejuk kerana  hujan yang sangat lebat diluar sana. Nikmatnye.... bestt layan feeling dengan hubby....  Ya Allah syukur pada Mu Ya Allah kami masih menikmati rezeki ini.. dan kami masih boleh minum petang bersama dengan keadaan tenang dan bahagia. Ameen. 

resepinya akan menyusul jap ye.. 
Sotong tempura 

bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 6 sotong sedang
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 1 biji telur
  • sedikit garam
  • lada sulah

Cara-cara

  1. Potong sotong kecil2, bersihkan dan toskan airnya biar sampai kering betul2 klu tak meletup2 huhuhu masa mengoreng
  2. Gaul sotong dgn sedikit garam dan lada sulah.
  3. Pukul telur setakat nak satukan yg kuning dgn yg putih jer. Masukkan sotong ke dalam telur. Ketepikan
  4. Cara_tpg
    Gaul tepung dgn baking powder
  5.  Masukkan sotong yg telah digaul dgn telur dalam tepung, salutkan habis sotong dgn tepung. Kalu nak pedas boleh letak sikit serbuk kari dalam tepung.
  6. Goreng deep fry sampai golden brown. Goreng sotong kejap jer dalam 4-5 min kalau tak nanti sotong keras and liat pulak. 
    ikan  celop tepung pulak 

    Bahan-bahan ( 3 orang )

    • 3 ekor ikan
    • 3 camb tepung beras
    • 1 camt serbuk kunyit
    • sedikit kapur
    • sedikit garam
    • air secukupnya utk bancuhan
    • 1 biji telur @ 1/2 biji je klu telur tu gred A
    • minyak agak2 untuk deep fried lee

    Cara-cara

    • Bancuh kesemua bahan adunan di dalam mangkuk dgn air yg secukupnya.
    • Panaskan minyak di dlm kuali dgn api yg sederhana.
    • Celupkan ikan di dalam adunan tpg td.
    • Kemudian goreng sampai btl2 garing.






paspot dah siap

  pasport belah kiri tu yg lama udah dipotong tengah.. yang baru cantik tapi gambo itam putih ... huhuhu.. xpe la itam puitih  laaaa  asal ku dpt berjalan sudah hahahaa
 
Semalam g ambil pasport di  Pejabat Imigresen 
(pengeluaran pasport Malaysia) di Cawangan Mini UTC, Sentul, Kuala Lumpur.
 
Kat sini best tenang je pastu aircorn sejukkkkk je.. so takat tunggu 1 jam tu ok jer..pastu 
 heheh jadi tak lah boring... 
senyum jerr encik hubby setia menunggu.. hehehe
 
Alamat:
Jabatan Imigresen Malaysia
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Cawangan mini UTC,Sentul
Aras 1 Pusat Transformasi Bandar,
Jalan 2/48A,Sentul Perdana,
Bandar baru Sentul,
51000 Kuala Lumpur.

Tel: 03-404000143/614/148
Faks: 03-40400103

Waktu operasi :
8.00 pagi hingga 10 malam (setiap hari) kecuali cuti umum.
* Hanya untuk urusan pemprosesan Pasport Malaysia Antarabangsa
JABATAN IMIGRESEN NEGERI/CAWANGAN
WAKTU OPERASI
Jabatan Imigresen Selangor, Shah Alam.
Jabatan Imigresen P.Pinang, Seberang Jaya.
Jabatan Imigresen Perak, Ipoh.
Jabatan Imigresen Johor, Johor Bahru.
Jabatan Imigresen Negeri Sembilan, Seremban.
Jabatan Imigresen Melaka, Ayer Keroh.
Jabatan Imigresen Sarawak, Kuching.
Jabatan Imigresen Sabah, Kota Kinabalu
8.00 pagi -1.00 petang
( Sabtu & Ahad)
Pejabat Imigresen Pekan Rabu, Johor.
Pejabat Imigresen Miri, Sarawak.
Pejabat Imigresen Presint 15, Putrajaya.
Pejabat Imigresen Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Pejabat Imigresen Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Pejabat Imigresen Pelabuhan Klang, Selangor.
Pejabat Imigresen Kelana Jaya, Plaza Glomac
Pejabat Imigresen Kajang, Selangor
8.00 pagi -1.00 petang
( Sabtu & Ahad)
Nota:
Permohonan Pasport Malaysia Antarabangsa bagi warga Sabah dan Sarawak di Pejabat Imigresen Semenanjung Malaysia bagi kategori di bawah tidak diproses pada hari Sabtu dan Ahad kerana perlu dirujuk terlebih dahulu kepada Jabatan Imigresen Negeri Sabah dan Sarawak untuk keputusan.
-     - Permohonan Pasport Malaysia Antarabangsa (kali pertama)
-     - Pembaharuan Pasport Malaysia Antarabangsa yang telah tamat tempoh melebihi 5 tahun
Walau bagaimanapun, permohonan pembaharuan Pasport Malaysia Antarabangsa yang telah tamat tempoh kurang dari 5 tahun akan diproses pada hari Sabtu dan Ahad.



Cara buat passport Malaysia Antarabangsa
Benda-benda yang perlu dibawa masa buat passport 
  • Mykad**
  • Fotostat Mykad (Depan belakang, sehelai sahaja) 
  • Gambar berukuran passport (2 keping background putih)
  • Duit***
  • No. Surat Beranak (Memudahkan pengisian borang) klu umo lum cukup 18 yee
  • Info mengenai ketinggian pemohon (Memudahkan pengisian borang)  


Cara renew (perbaharui) passport Malaysia Antarabangsa 
[Sebab renew: Passport tamat tempoh, Urusan visa baru yang memerlukan tempoh sah passport lebih daripada 6 bulan, Passport kehabisan mukasurat.
Benda-benda yang perlu dibawa masa buat passport 

  • Mykad** 
  • Fotostat Mykad (Depan belakang, sehelai sahaja)
  • Bawa passport lama (Penting - Passport akan dibatalkan)
  • Gambar berukuran passport (2 keping background putih 
  • . PENTING: Gambar ini seharusnya berbeza dari gambar passport lama. Dengan erti kata lain, jangan recycle gambar passport yang digunakan dalam passport sebelumnya. Pergi ke kedai dan ambil gambar baru)
  • No. Surat Beranak (Memudahkan pengisian borang) klu xcukop umor
  • Info mengenai ketinggian pemohon (Memudahkan pengisian borang)  



Money
passport dibezakan harga dengan tempoh tahun (seperti tertera di bawah) dengan bilangan 48m/s passport.
Bayaran untuk passport adalah seperti berikut;
  • RM 100 - untuk 2 tahun
  • RM 300 - untuk 5 tahun