Popular Posts

Minum petang sotong goreng tempura & ikan celup tepung


 Assalamualaikum..
petang semalam setelah pulang dari kerja singgah di mydin  tengok ape yang bole dijadikan lauk untuk dinner .. tuttttt mata terpandang  sotong dan ikan sardin (di Tganu kami panggilnya ikan selayang) yang fresh, so terus sambar.. 6 ekor sotong dan ikan cukup le kami bertiga aje.. Ikan sardin @ikan selayang  rasa isinya manis sesuai untuk dibuat ikan celop tepung, kuah laksa & sambal . terus teringat dekat cik(ibu) suka makan ikan celop tepung.

Nak masak lebih untuk SIL tapi SIL pula sedang tour Europe.. sure sedang best melihat alam ciptaan Allah SWT yg indah ini.. 

Ada rakan disnaty ku bertanye minum petang sotong tempura? hehehe.. sorry tak sempat jawab.. traffic di dinasty to buzy.. skg nak jawab.. kami orang Tganu biasa minum petang ikan,sotong,udang,pari, keropok  goreng dikala petang ..sedap.. paling glamour ikan celop tepung di belakang airport.. Dulu hubby pon cam gitu.. terkezuttt.. hahahaah.. but now dia la hantu ikan celop tepung..

Hubby ontime sampai dirumah so boleh le berdating hehehe, minum petang   sotong dan ikan celop tepung  serta sos pencicah khas dari Tganu, pelengkapnya semestinya secawan kopi panas.. duk  di depan beranda @balcony rumah sambil menikmati suasana sejuk kerana  hujan yang sangat lebat diluar sana. Nikmatnye.... bestt layan feeling dengan hubby....  Ya Allah syukur pada Mu Ya Allah kami masih menikmati rezeki ini.. dan kami masih boleh minum petang bersama dengan keadaan tenang dan bahagia. Ameen. 

resepinya akan menyusul jap ye.. 
Sotong tempura 

bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 6 sotong sedang
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 1 biji telur
  • sedikit garam
  • lada sulah

Cara-cara

  1. Potong sotong kecil2, bersihkan dan toskan airnya biar sampai kering betul2 klu tak meletup2 huhuhu masa mengoreng
  2. Gaul sotong dgn sedikit garam dan lada sulah.
  3. Pukul telur setakat nak satukan yg kuning dgn yg putih jer. Masukkan sotong ke dalam telur. Ketepikan
  4. Cara_tpg
    Gaul tepung dgn baking powder
  5.  Masukkan sotong yg telah digaul dgn telur dalam tepung, salutkan habis sotong dgn tepung. Kalu nak pedas boleh letak sikit serbuk kari dalam tepung.
  6. Goreng deep fry sampai golden brown. Goreng sotong kejap jer dalam 4-5 min kalau tak nanti sotong keras and liat pulak. 
    ikan  celop tepung pulak 

    Bahan-bahan ( 3 orang )

    • 3 ekor ikan
    • 3 camb tepung beras
    • 1 camt serbuk kunyit
    • sedikit kapur
    • sedikit garam
    • air secukupnya utk bancuhan
    • 1 biji telur @ 1/2 biji je klu telur tu gred A
    • minyak agak2 untuk deep fried lee

    Cara-cara

    • Bancuh kesemua bahan adunan di dalam mangkuk dgn air yg secukupnya.
    • Panaskan minyak di dlm kuali dgn api yg sederhana.
    • Celupkan ikan di dalam adunan tpg td.
    • Kemudian goreng sampai btl2 garing.






No comments: