Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.
sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.
Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.
Cara melakukan solat Dhuha:
a) Bacaan niat solat sunat Dhuha
Ertinya: ” sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.
c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha
d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa
maksudnya;
“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya
adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya
Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam
bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah
dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan,
kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah
limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Fadhilat Solat Dhuha
Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan
setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya,
dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki
dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
peringat untuk diri sendiri jua.. hope lepas ni makin rajin solat dhuha..
No comments:
Post a Comment