Popular Posts

horeyyy!!!!! banyak tahun blog ni hilang,, kini kembali!!!

syukur dapat jumpa balik blog ini .. ok dah boleh mula berblog balik,,,  2017 beb baru jumpa  hahahaha .. nak berblog pun dah lupa camna hahahaha.. jakun mak sooun
nak...

Sayang cik ( ibu) dan ayah


cik adalah ibuku .. cik adalah gelaran untuk ibu sama seerti  panggilan mama.momi,ummi dan lain2.. rasanya hanya sikit orang ganu guna gelaran cik.
Cik sudah 20 tahun mengidap diabetis (kencing manis) .. tapi cik seorang yang tabah kuat semangat.. tak pernah dia fikir dia sakit..makan dia berpantang juga.. but the sametime air akar kayu ,herba, ulam.. ubat klinik. dan terbaru Vitamin Shaklee.. 
keadaan cik sebelum bershaklee agak kurang memuaskan ..sebulan 3 -4 kali demam.. takde selera makan, cepat letih, sakit sendi..lepas tu saya berazam simpan duit belanja diri sendiri untuk beli permulaan shaklee untuk cik dan ayah .. 
Ayah pula ada masaalah jantung.. emmmmmmm.. 

Tarraaa ini lah setnyeee. heheheh.. dah sebulan setengah cik dan ayah makan.. dan secara automatik saya dah jadi member shaklee..



Jumpa semula blog lamaku.. heheh 

Wednesday, September 28, 2011

cerita yang bermulanya cerita sedih..part 1

isnin.. dlm hati dah terdetik nak p g pusat pakar wanita medina.. nak buat followup lee ovary cyst tu lee.. tak berani nak bagitahu hubby SEBAB sangat bimbang hubby runsing skarang ni keadaan hubby kurang stabil sikit ade pergolakkan dalm opis die.. heheheh mcm pergolakkan politik pulakkan heheheh.
Tapi itu laa yg benorx2nye kononye tak nak hubby runsing.. tapi sebaliknye yg berlaku.. huk huk huk huk... makin menambah rungsing hubby.. im sorry ye sayang.. tak ku dugAdan tak ku minta semuanya ini..berlaku .. huk huk..huk..

bile time buat ultrasound tu tgk le ovary cyst tu Syukur ku pada Allah yg maha Kuasa hanya dengan kehendak Nya cyst tu mengecil dan doktor ckp tak payah la buat operate..Heheheh.. tibe x2 jeehh
Doktor :ehhhh tapi ape lak nie.. lain mcm je nie.. awak miss period x?
aku: xde
doktor: ade something dlm perot nie..jap ye kita buat ape yg patut.. scan, ambik darah.. then call hubby awak minta  die dtg sini.. a
aku dah terkejut gile dah tapi buleh lagi mcm cool jeee..
aku: doktor bagi saya masa jap yee sye nak call suami sye jap,
aku pun kuar lee dari pusat tu call hubby.mulax2 tarik nafaasss panjang -panjang dengan lafaz bismillah n baca doa sikitx2.. aku pun cal le hubby.. tapi Allah tu lagi maha mengetahui.. baru ckp hello kedengaran suara hubby dah ceria sikit maknanya pergolakkan di pejabatnya dah reda syukur.. dlm hati abg maafkan a.l.n buat abg kembali sedih setelah dengar berita dari aln ini.. hujan ribut petir dah dlm hati nie.. aku pun berbahasa-bahasa la dulu.. konon x nak die panik.tapi time nak ckp doktor ckp aln disyakki ade  dot dot dot. dan perlu di buat dengan kadar segera . air mata air turun laju jee sedu sedan.. dah x malu dah org lalu lalang depan aku nie.. aku dah terduduk kat tepi tangga,, siap kena sound di seorg mamat nampak mcm berpendidikan tapi siap ckp kat aku weiii kalu nak filingx2 p g taman laa.. bengong betul lee  ade juga manusia yg tak berhati perut mcm tu.. nanti klu aku jumpa balik mamat tu aku nak tonyok muka die.. heheheh Nauzubillah x baik betul niat aku ni...die tak salah die x tahu keadaan aku.okkk back to cerita dengan  hubby aku..
Hubby dah terdiam ,,aku buleh ckp x pe abg tak dtg pun,, aln boleh buat sendiri.. belagak la tu hehehehe.. bebenornye risaukan keadaan hubby..takut die tak dapat terima yang mengejut nie...

Tapi Syukur hubby ckp ok jap lagi abg smpai tunggu abg yee..cho pun dtg , bile hubby ,cho n doktor duk ckpx2 fikiran aku dah xde kat situ.. mcmx2 dah p k.. p k ceik (panggilan mak aku ,ceik = mak,ibu,mama) dan nde (panggilan ibu mertua aku) kat kampung, cmane le nanti bgtau depa, camne lepas rawatan nie.. ade ke peluang lagi untuk diri ini di panggil mama huk huk huk... tgk wajah hubby ..dah berubah sgt ... jadinye doktor sama doktor la yg ckp (cho kerjanya ialah doktor) guna istilah sainsx2 nie..aku telopong sbab fikiran xde kat situ dah...
4.00 ptg masuk ubat n u makan ubat,ambil darah (bagi buka jalan  nanti mudah nak buat d&c), tapi doktor Masyitah tu memang bagus sgt die terang betulx2 smpai paham, baca doa dulu dan sangat berhatix2 dlm buat kerja.. Syukur Allah permudahkan masaalah ku.dah tu g mkn dulu hehehe siap mkn kek kat secret recipe.. mase mkn dah stat dah sakit.. hu.k huk huk... so hubby le banyak membantu.. time tu.
Sayang abg luv u sayang..MUaaaaahhhhhhh
time tu otak dah kosong.. weehhh... tu pengalaman aku lee org lain x tau leee..
 hari tu  kul 10 pagi hingga 12.30 mlm aku kat pusat tu.. baru leh balik

ok nanti sambung lak cerita.. dah sakit belakang kena baring dulu la jawapnyeee..

cerita baru ala-ala pantang

salam dah lama tak menjengah blog ni.. emm nak update pun xde le berape pandai tapi bolee le buat tempat luahkan cerita ceritut.hehehe
what ever pun Thanks to Allah kerna memberi aku kesedaran sebelum terlambat.
skg ni aku duk umah ala-ala berpantang almaklum le baru 3 ari buat d&c huhuhukk huk huk ..molar pregnancy bahasa melayunye  mengandung anggur huhuhu tapi bukan dalam perut ade anggur..ni ade sikit infi yang dipetik dari http://www.hamidarshat.com/koleksi-artikel-maklumat-am-131/112.htm,,

ada kalanya kandungan yang diharapkan selamat dilahirkan, tetapi tidak menjadi manusia, sebaliknya menjadi anggur pula. Fenonema sedemikian dinamakan sebagai 'mengandung anggur.'
Anggur? Mungkin terbayang dalam fikiran segugus buah anggur di dalam rahim wanita.  Di dalam perubatan perkara juga sebenarnya boleh dikategorikan sebagai sesuatu yang aneh.


Kandungan ini dikatakan sebagai 'anggur' kerana tiada janin di dalam kandungan. Apabila dilihat melalui ultrasound, hanya kelihatan buih-buih sahaja. Buih-buih tersebut sebenarnya hanya mengandungi air.
Jika berbalik kepada sejarah kejadian manusia, Allah menjadikan  Nabi Adam dari segumpal tanah dan dimasukkan roh. Kemudian Allah menjadikan Hawa sebagai pasangannya dari rusuk kirinya.

Bermula dari itulah, manusia terus berkembang. Kejadian manusia seterusnya melalui  wanita iaitu ibu, daripada nutfah atau air mani, bercantum dalam rahim. Kemudian nutfah akan diproses menjadi segumpal darah.

Apabila kandungan masuk bulan kedua ia bertukar menjadi janin dan kemudian alaqah. Selepas itu ia  menjadi mugdah (bentuknya bagai segumpal daging dimamah). Ketika inilah  ia melalui proses pembentukan organ-organ.

Kandungan di dalam peringkat alaqah, denyutan jantungnya boleh dikesan melalui proses scanning. Oleh kerana itu, apabila kandungan yang sepatutnya sudah berada di peringkat alaqah tidak dapat dikesan denyutan jantungnya,ia bermakna mengandung anggur.

Kalau dikaji salah satu kelainan yang berlaku ini dari segi perubatan, baka kromosom dan gen daripada pasangan tersebut agak luar biasa. Kemungkinan sewaktu percantuman benih berlaku kerosakan.
Kadang-kadang faktor pasangan yang terdedah kepada bahan kimia atau  racun atau gas tanpa disedari boleh  menyebabkan perkara ini berlaku. Begitu juga akibat jangkitan kuman virus yang tidak dikenali.
Ada andaian mengatakan ada makhlus halus mengganggu manusia ketika percantuman benih. Oleh kerana itu sewaktu bersetubuh, digalakkan mengikut sunnah Rasullulah saw dengan membaca doa terlebih dahulu.
Di dalam diri setiap manusia ada syaitan dan jin berkeliaran dalam darah. Bagi wanita, tumpuannya di dalam rahim.

Di kalangan wanita yang mengandung anggur, mereka tetap mengalami loya dan muntah. Bahkan kadang- kadang pengalamannya loya dan muntah lebih teruk dari biasa.
Oleh kerana itu, apabila mengalami kelewatan haid daripada biasa, digalakkan untuk melakukan ujian air kencing. Kini peralatan mengadakan ujian air kencing boleh dilakukan sendiri di rumah dengan menggunakan 'home-test' yang boleh dibeli di farmasi.

Sekiranya melalui ujian ultrasound mendapati tiada janin di dalam kandungan, ujian air kencing juga perlu dilakukan. Kebiasaannya dalam ujian air kencing mendapati hormon BHCG meningkat dalam darah. Keadaan sedemikian perlu diawasi kerana risiko terdekat ialah pendarahan paling banyak dan melimpah boleh mengancam nyawa.
Bagi wanita yang mengandung anggur, rawatan yang perlu dilakukan ialah melakukan D&C. Proses D&C juga perlu dilakukan sebanyak dua kali. Rawatan D&C kali kedua dilakukan dalam tempoh 2 minggu dari rawatan pada kali pertama.

Proses D&C ini perlu dilakukan sebanyak dua kali kerana sel-sel kehamilan anggur ini berpotensi menjadi kanser rahim Chorio carcinoma. Bagi mereka yang pernah mengandung anggur, antara 5 hingga 10 peratus daripada mereka boleh mendapat kanser jenis ini.

Selepas melalui proses D&C pada kali kedua, pusingan haidnya perlu diawasi. Sekiranya kedatangan  haidnya tiada selepas itu, ia akan membahayakannya, kemungkinannya ditumbuhi kanser tersebut.
Ketika itu ujian air kencing dilakukan, keputusannya akan positif. Ujian darah boleh dibuat untuk memastikan hormon BHCG tiada dan sel-sel kehamilan anggur juga tiada.

Suatu ketika dahulu sekiranya seseorang yang pernah mengandung anggur dan dirawat sebaik-baiknya dua tahun selepas itu baru boleh mengandung semula.
Namun, kini, selepas 6 bulan sudah boleh mengandung semula.  Namun sebelum mengandung, pihak doktor perlu memastikan hormon BHCG dan sel-sel kehamilan anggur sudah tiada.
Namun, kanser Chorio carcinoma ini jika berlaku, ia boleh diubat dengan menggunakan ubat methrotrexe berbanding kanser jenis lain yang memerlukan kimoterapi.

Sebenarnya kehamilan anggur boleh berulang semula, namun pencegahan boleh dilakukan. Asid folik antara 5 hingga 10mg perlu diambil dalam tempoh tiga bulan sebelum kehamilan untuk mengelakkan kehamilan anggur.
No comments:

Pasal Study

Sekarang rutin ku banyak berubah sejak jadi student semula nih.. setiap sabtu kelas 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Seronok belajar banyak benda baru dipelajari dan dikongsi bersama kawan-kawan. Kawan-kawan dalam kelas rata-rata dah ada pengalaman dalam bidang ku belajar ni paling lama 20 tahun. Jadi bayangkan lah betapa banyaknye ilmu dieorang ada. PensyarahPn Hayati dan Datin Dr. Jamaliah pula memang baik dan sangat banyak ilmu, so i sangat  sukax2 hati hehehe.. assignment emmm boleh la buat hahaha..sebab banyak tempat rujukan, love semestinya love kan suami yang baik mestilah sentiasa disisi i..
Sayang love sungguh -sungguh hehe

Rupanya study pjj ni amat mencabar. Bukan jarak cabarannya tetapi banyak tanggungjawab yang wajib, yang sunat perlu ku galas bersama. Jadual ku isnin - jumaat 9.00 to 5.00 pm kerja. 5.30pm -9.00am tugas isteri. nak buat itu ini. Masa kerja di pejabat atau siapkan kerja rumah  assignment sentiasa dalam kepala, buku nota or telefon smart mesti sentiasa ada disisi supaya senang ada idea je terus tulis. heheh..I pon dah rasa macam tak cukup masa... camna lah kawan kelas yang anak 11orang boleh uruskan masa dengan elok je. Eshh ini tak boleh jadi ni.. i  perlu tukar misi dan visi ni..supaya jadi seorang yang terurus semua hal .. ok buat jadual baru lepas ni.

Hai.. welcome back

assalamualaikum
Akhirnya ada ruang untuk berblog sebentar.. sungguh lama tak dpt mencotet ape2 heheh
sibuk betul ngan kelas, dengan kerja, online bisnes.. mcm2 laa
emm today nak mula yang mana dulu ye.. capli caplom la.. ozom pon boleh gak ni..
Ok memandangkan ini hari ini yang ke 21 hari puasa maka mula ngan bab puasa dulu lah.

Hari pertama puasa jatuh pada 10 Julai 2013 rabu
Cik lyn pada hari selasa tu sibok le nak memikirkan menu apa nak dimakan pada waktu sahur.. pikir punye pikir akhirnye call my love. My love i sempoi jee ..makan roti dengan coklat dan air youget dah..
Maka mudah la kerja cik lyn sahur tu..
5.00 pagi 10 Julai- Bangun semangat betul ke dapur ambil roti sapu coklat. kejutkan love  and adik.. ok 5.15 semua dah ade kat meja makan. Siap sahur 5.30 pagi siap sahur. Pastu sementara tunggu azan subuh i and mr love mengaji , baca sejarah rasulullah SAW. Siap solat patut tak leh tidur semula, tapi i mesti nak tidur gak 10 minit pon jadi la.. adeeeh payah betul nak ubah tabiat dari zaman remaja ni.. adehhh

Petang 4.40 love datang ambik kat pejabat, semanagt betul love ni.. nak pusing- pising bazar. Bincang punye bincang nak pergi bazar mana.. akhirnya keputusan dibuat hari pertama pergi bazar Wangsa Maju, hari kedua ke bazar Taman Melawati hari ketiga ke Greenwood dan lagi macam-macam lagi lah.

Kami tak le kuat sangat makan tapi kami seronok joint menyibokkan bazar hehehe.. Tiap-tiap hari kami budget only RM15 dah le.. jangan lebih. Nk budget RM10 mana dapat.. kambing 1 set aje udah RM12 itu love aje, i lak mesti la kuih.. RM3  ok settle..

Jerebu ... hazey day !!!!




Keadaan jerebu hari ini 24 june 2013 ,gambar diambil jam 1.00 tengahari
pandangan terbatas, selalunye nampak sampai ke Batu Cave, puncak  Genting dan bangunan di jln Duta.. but today.. x nampak ape pon.. kelabu!!
Teruk.. inilah pemandang dari rumah kami  kelabu... bau busuk lemas betul bau asap ni tengok tu pokok tomato, cili kami pon dah kekuningan.. sedih betul.
keluar rumah pastikan minum air kosong, suam lebih dari biasa , cuci tangan dan muka selepas keluar dikawasan terbuka,  pakai mask  bila keluar kekawasan terbuka. Sentiasa tutup tingkap,  pintu dengan rapat.
Saya hairan le mereka yang tak pakai mask bila di open space.. siap ada yang makan di warung /kedai/kopitiam/restoran yang kawasan terbuka tanpa rasa lemas @ sesak dengan kualiti udara yang teruk ini.. seolah-olah pada mereka tiada apa yang berlaku malah mereka lihat orang yang pakai mask itu pelik sangat.
ada saya serempak dengan pelajar nursing di area sini pon tak pakai mask boleh berjalan lenggok mak inang lagi..eemm pelik kan...  sedap sangat ke bau jerebu ni??/??????



Semoga hujan rahmat turun dan jerebu lenyap terus.

Macamana la keadaan di Muar, Melaka, Kuantan yang lagi teruk tu kan..